Tuesday 15 January 2013

Kucing-kucing KU

Entri aku pada hari ini adalah pasal kucing-kucing kesayangan aku kat rumah. Rindu sesangat nak bermain dan bermanja dengan mereka.
Pertama sekalie aku nak kenalkan kucing aku yang pertama yang tiba dirumah hehe. Nama diberi Miau2. Mula-mula dia datang memang comot. Makcik aku yang bagi. Aktif gila dia nih dah tu cekap tangkap tikus yang ada dalam rumah [maklumlah rumah orang kampung]. Lepas tu kucing-kucing dekat rumah aku makin bertambah. Antaranya nama yang telah diberi ialah Lamang, Tatih, Lulu, Boboi, Mamiel, Gulam, Lamang junior dan Lola.
TAPI sayangnya kebanyakkan kucing-kucing telah pergi dulu sebab sakit. 



*Miau2[jantan]

Tak sempat nak tengok Miau. Bila sampai jer rumah time balik cuti hari tu, aku terus cari Miau2 tapi mak cakap dia dh tak ada balik rumah lagi mungkin dah mati. *TSK.. memang sedih gila time tu sebab dia adalah kucing kesayangan aku. Mungkin umur dia dah dekat 3tahun. 


*Lamang[betina]. Lamang nie agak pemarah sikit :)


*Tatih[betina]. tapi sayang dia pun dah pergi sebab sakit :'(


*Lulu[betina]. Lulu pun dah pergi sebab sakit :'(


*Boboi[jantan]. Manja gila dengan adik bongsu aku..^^



*Mamiel[betina]. Sorang nie pulak manja dan rapat dengan mak aku.


*Gulam[jantan]. Yang sorang nie pulak rajin menjawab bila ditanya. haha :D



*Sorang nie diberi nama Lamang junior sebab bulu warna dia sama dengan maknya[Lamang]. Tapi sayang. dia pun dah tak ada sebab sakit..



*Lola nie pun dah mati hari tu sebab sakit juga :"(

Aku sayang semua kucing-kucing aku kat rumah. Sekarang tingal 4 ekor ja lagi tinggal. Walauapapun. memang aku sayang sangat dan minat gila dengan haiwan bernama KUCING!
p/s: Sayangilah haiwan..:D.

Friday 21 December 2012

Ceritaku

Selamat malam. salam jumaat. lama dah tak update blog. macam-macam cerita nak kongsikan tapi tak tahu macam mana nak buat ayat menarik hehehek.


First sekali, saya nak cerita sedikit tentang jadual harian baru aku semester 3 dalam POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK.
Fuuyoo. jadual kelas memang pack sem nie. Kelas start pukul 7.30.. waaa. bangun awal sebab takut tak sempat mandi memandangkan bilik air tingkat bilik aku kat asrama memang full bila tiba waktu pagi. Berebut-rebut nak masuk bilik air. hehehehe.
Balik dari kelas memang terasa penat nya. sehari-hari menuntut ilmu. SELAGI ILMU DIDADA TAK CUKUP. SELAGI ITU AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MENUNTUT ILMU.
Memang kalau kita nak menuntut ilmu. kita haruslah berkorban sedikit kan?? semuanya untuk masa depan kita juga kan?? hehehe

Esok dah nak balik runah. Cuti lah katakan. Bila balik rumah je, pertama sekali aku cari ialah kucing. hehe. Sayang gila dengan kucing-kucing. Lepas tu, plan nak jumpa buah hati. Lama tak jumpa (lama lah sangat).

*mudah-mudahan aku selamat sampai kat rumah esok*


* time first kelas hari tu :D




*practice makes perfect betul tak??

Friday 26 October 2012

All About Him [amri]

Assalammualaikum..
Bertemu kembali kita disini. Hope semua reader dh makan kenyang-kenyang hehek. Seperti tajuk diatas, disini saya ingin menceritakan tentang buah hati saya. Eewwahh. hehehe. tetiba je datang idea nak tulis pasal buah hati tersayang.. heee. Saja ja nak kongsikan cerita. Cerita yang baik harus dikongsikan??? [baiklah sangat...] hehehe.

Pertama sekalie. aku nak kenalkan buah hati tersayang yang telah membuat aku terbuka hati nak menerima. Sebelum nie, aku ada dok usya seorang budak lelaki. Tapi apakan daya, hatinya masih belum terbuka nak menerima.Semoga dia dapat yang lebih baik dari aku. heee. OKlah, berbalik kepada tajuk diatas tadi. Nama diberi Muhammad Amri Hanafiah. Umonya lebih tua setahun dari aku. Apa yang menyebabkan aku tertarik dengan dia sebab dia mempunyai sepasang mata yang agak sepet [sama dengan aku] uwahahha *madah lok tek*

*dia.. :D

*dia lagi..:D



Selain itu, hati nya cukup baik. Melayan jak keraneh aku yang suka marah2. hehehe. benda yanng kecik pun aku nak besarkan. TRIMAS Amri bab agak memahami perangai kebudak-budakkan aku. Tapi.. bila dia dh marah. wakduiii. susahnya nak pujuk balik. Sabar jee lah jalan terbaik.. hehehe. Walauapapun, aku belajar untuk menyayangi nya sepenuh hati. [jiwang karat].
Aku berharap semoga perhubungan kami dua kekal sampai ke alam perkahwinan. Wakkdehhh. hehhe AMIN..

*Jodoh ditangan tuhan. Kita hanya mampu merangcang. Tuhan yang menentukannya*

Thursday 25 October 2012

About me [munirah]

Assalammualaikum..
Pertama sekali aku nak kenalkan diri aku siapa. Yaa. aku Munirah. Nama aku sebenar aku Khairul Munirah Ahmad. Macam nama lelaki kan?? kemana-mana saja aku pergi. bila orang tanya nama aku. aku bagi tau la nama aku. Tapi. wajah kehairanan yang aku dapat bila aku bagi tahu nama aku. Takpalah. At least, nama yang diberi oleh kedua-dua ibu bapa ku ada maksud. dengan nama lah sifat dalam diri kita terbentuk kan??.

Nak sambung balik lah cerita. Aku nie student Politeknik Mukah, Sarawak. Ambik jurusan IT. Mula-mula rasa tak best jer dapat course IT. Tapi lama-kelamaan.. rasa berminat juga. Belajar buat coding lah, buat html lah.. macam2 jer. Alhamdullilah.. sem lepas aku dapat pointer baik. Untuk sem kedua nie, aku pun tak tahu lagi lah. minta2lah lulus dengan cemerlangnya. Amin.. Aku nie insan biasa2 je. Tak pernah lari dari buat kesilapan. "NOBODY IS PERFECT" kan??.  Nie aku nak bagi tahu sedikit apa yang ada dalam kepala otak aku nie. Kadang-kadangkan.. sesetengah manusia suka sangat judge people according to their past biar pun orang tuu dah berubah. Bukan nak emo lah. Tapi.. sepanjang aku dah hidup nie. Pergi mana2 je. salu yang aku dah nampak, ada je jumpa manusia macam tuu. Kesalahan orang yang sekecil semut bukan main boleh nampak.. padahal kesalahan dia yang sebesar gajah [lebih besar dari gajah] hehehe. dia tak nampak pulak. Nak cakap mata rabun tak jugak. kalo mata rabun takpala jugak. boleh consider. :D

Selain tuu kan. bila tengok orang dah berubah. bukan nak sokong beri semangat. TAPI.. uii. mematahkan semangat orang nak berubah adalah. Macam2 je perangai manusia sekarang nie kan?? hehehe.
Saja jaa. nak kongsi2 kan pendapat. Tak salah kan?? kalo ada ilmu. kongsi2 jugak kan..
Hehe. otak pun dah rasa kosong. dah xtahu nak cita apa dalam nie. Tunggu lah. kalo ada idea datang. aku update banyak2 entri. huhuu.
*aku insan biasa

By the way.. SAYA BUDAK BARU DALAM BLOGGER2 nie hehehe. Kalo ada salah silap cakap. tolong maafkan.. *yang baik kita jadikan pedoman, yang jahat kita ambil iktibar.